
Hari ni kita minum jus rosell.Tanam sendiri dan buat sendiri jus rosell tau bukan beli kat kedai, suci lagi bersih.
Bahan-bahan nak buat jus buah rosell
200gm Buah rosell
Air 600ml
Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)
Cara-caranya
- Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
- Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
- Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
- Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
- Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.
Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)
Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:
1. Anti Penuaan
2. Pencegah penyakit kardiovaskular
3. Pencegah kanser
4. Demam panas/selesema
5. Resdung (alahan) dan Asma
6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)
Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan










Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Haizal Haron Kamar, berkata Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) Geneva pada 2002 melaporkan kematian disebabkan atherothrombosis mendahului sebab-sebab kematian lain.




LDL yang baik mesti kurang daripada 100 mg/dL. Tahap antara 100 hingga 129 mg/dL masih dikira baik, tetapi jika tahap LDL anda adalah 130 ke 159 mg/dL, ia dikira sebagai ‘atas pagar’. Jika LDL anda di tahap antara 160 hingga 189 mg/dL, ia dikira tinggi manakala 190 mg/dL ke atas disifatkan sebagai sangat tinggi.



