Monday, March 21, 2011

Homemade Jus Rosell



Hari ni kita minum jus rosell.Tanam sendiri dan buat sendiri jus rosell tau bukan beli kat kedai, suci lagi bersih.

Bahan-bahan nak buat jus buah rosell

200gm Buah rosell

Air 600ml

Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)


Cara-caranya

  1. Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
  2. Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
  3. Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
  4. Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
  5. Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.


Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Pencegah kanser

4. Demam panas/selesema

5. Resdung (alahan) dan Asma

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan

No comments:

Izinkan Kami Hubungi Anda


Your Name
Your Email Address
Impian Kewangan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
   

Powered byEMF Email Form