Sunday, December 11, 2011

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) Disini


Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) disini Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk bantuan sebanyak RM500 telahpun pun dikeluarkan dan boleh didapati secara percuma mulai hari ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai gaji/Wang isi rumah bawah RM3000 sebulan adalah layak untuk memohon.
Borang tersebut boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :
1.       Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh download online , tengok di surat khabar atau pergi ke pejabat LHDN terdekat ) mulai Disember 2011 ini.
2.      Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
3.      Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.
4.      Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.
Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 )
·         Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia ( Bantuan RM500 ) Borang muka 1

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon.
kemudian Borang lengkap BR1M boleh diserahkan melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012, manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.
Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman webhttp://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.

Friday, June 17, 2011

Daging buat lelaki lebih maskulin

Amalan memakan daging menjadikan lelaki lebih maskulin di mata wanita. Ramai wanita menyifatkan lelaki vegetarian kehilangan sisi kelelakian mereka.
Kajian Universiti British Columbia, diterbitkan dalam jurnal Appetite, menjelaskan daging sering dianggap sebagai lambang kekuasaan, status dan kejantanan. Justeru, tidak memakan daging membuatkan lelaki terlihat kurang jantan di mata wanita.




P/S: Selamat Hari Bapa

Wednesday, June 15, 2011

Daun Kaduk

Ada petua dari mak saya. Daun kaduk kebiasaan org buat makan ulam.
tapi daun kaduk juga boleh mengubati batuk utk kanak-kanak atau bayi.

caranya:

Ambil beberapa helai daun kaduk.
tumbuk daun kaduk sehingga halus sedikit.
ambil sedikit kapur makan. (sedikit sahaja kalau banyak nanti panas pulak kulit bayi tu)
gaulkan kapur makan bersama daun kaduk yg telah ditumbuk dan sedikit air.
sapukan pada bahagian belakang dan dada bayi.

InsyaAllah batuk anak anda berkurangan jika diamal.

P/S: Petua ni saya dah cuba utk anak saya yg baru 9 bulan.

Lama Tak update blog Smallbiz2u

Assalammualaikum wbt.

Amboi... lama betoi aku tak update blog Smallbiz2u ni.
Bukan sebab apa sebenarnya aku ada blog-blog lain utk di updatekan
antara blog-blog yg aku rajin update adalah blog teratak5.blogspot dan myd40.blogspot.

Maaflah kepada rakan-rakan yg memantikan update dari blog ini. InsayAllah aku akan cuba lapangkan masa utk updatekan blog ini dari masa kesemasa agar tidak bersawang dan berhabuk.

Dalam aku berblog ni banyak blog yg popular yg aku jumpa. Antaranya ialah blog terkenal bro Ban Ashaari ni. Dia merupakan blogger terkenal buat masa kini.

kalau korang nak tgk blog dia boleh klik sini.

Apa pun selamat jumpa lagi. harap-harap posting ini akan ada lagi dan tak terus berhabuk lagi blog Smallbiz2u.


Salam kejayaan buat semua.

Monday, March 21, 2011

Homemade Jus Rosell



Hari ni kita minum jus rosell.Tanam sendiri dan buat sendiri jus rosell tau bukan beli kat kedai, suci lagi bersih.

Bahan-bahan nak buat jus buah rosell

200gm Buah rosell

Air 600ml

Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)


Cara-caranya

  1. Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
  2. Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
  3. Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
  4. Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
  5. Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.


Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Pencegah kanser

4. Demam panas/selesema

5. Resdung (alahan) dan Asma

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan

Friday, February 4, 2011

5 rahsia orang cina kaya raya..

5 rahsia orang cina kaya raya..

1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup.

Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung

untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,

pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah.

keuntungan boleh dicari , pelanggan setia sukar ditemui.

3. orang cina jarang bangkrup, kecuali 2 perkara:
berjudi dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan.

4. modal orang cina 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,

1 mangkuk untuk keluarga,

1 mangkuk simpanan,

3 mangkuk untuk modal balik.

5. kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal,

mereka akan tanya, berapa bunganya ?
bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan ?

Izinkan Kami Hubungi Anda


Your Name
Your Email Address
Impian Kewangan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
   

Powered byEMF Email Form