Saturday, April 17, 2010

Satu Peluang Perniagaan Hebat!

Anda mungkin pernah dengar bahawa MLM atau Pemasaran Berangkai merupakan cara terbaik mencapainya (sebab anda boleh bekerja secara sambilan selama beberapa tahun dan kemudian bersara dengan pendapatan lumayan yang akan berterusan untuk sepanjang hayat anda). Jika anda seperti kebanyakan orang yang lain, besar kemungkinan anda sudah pun menyangkal idea ini sebab anda yakin ia tidak mungkin akan berjaya.

Ini memang diakui, memang benar ramai orang yang telah menjadi jutawan dengan menjalankan Pemasaran Berangkai dan majoriti daripada mereka yang mencubanya juga menemui kegagalan.

Pemasaran Berangkai adalah cara terbukti untuk menjual produk dan perkhidmatan. la lebih berjaya daripada cara pemasaran tradisional, sebab wang yang digunakan untuk tujuan pengiklanan dibayar kepada mereka yang membina rangkaian pengguna yang setia.

la juga merupakan satu kaedah yang terbukti bagi para individu memperolehi pendapatan. Lebih besar rangkaian anda, lebih banyak wang yang boleh anda perolehi. Anda juga tidak perlu mencari ramai pengguna secara berseorangan. Anda hanya perlu mendapatkan beberapa orang, di mana mereka akan mencari beberapa orang lagi dan seterusnya sehinggalah rangkaian tersebut menjadi besar.

Anda mungkin bertanya, "Jika ianya begitu mudah, mengapa begitu ramai orang yang telah mencuba dan masih gagal?"

Ada dua perkara penting yang diperlukan untuk menjayakan Pemasaran Berangkai:

Satu Rangkaian Pengguna yang Besar
dan Pembelian yang Berulang

Masalah utama kebanyakan syarikat Pemasaran Berangkai ialah, mereka hanya menjual sebilangan kecil produk-produk berharga tinggi yang tidak terkandung dalam senarai pembelian orang kebanyakan. Ini menghadkan bilangan pengguna berpotensi yang mungkin berminat dan anda perlu menjadi seorang jurujual yang hebat untuk menyakinkan orang ramai untuk membelinya.

Satu lagi masalahnya ialah jika orang ramai membelinya sekali, mereka akan berhenti daripada membelinya lagi jika ia tidak memberikan keputusan yang dijanjikan atau pun mereka akan mencari produk sama dengan harga yang lebih murah di tempat lain. Ini menyukarkan lagi penjualan berulang dicapai.

Kebanyakan orang gagal dalam pemasaran berangkai disebabkan mereka tidak dapat membina satu rangkaian pengguna yang terus-menerus membeli produk yang sama pada setiap bulan.


No comments:

Izinkan Kami Hubungi Anda


Your Name
Your Email Address
Impian Kewangan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
   

Powered byEMF Email Form