Saturday, November 6, 2010

Strok, serangan jantung sebab utama kematian



Oleh HAFIZAH ISZAHANID


ATHEROTHROMBOSIS, satu perkataan yang agak sukar disebut, tetapi ia menjelaskan mengenai masalah kesihatan yang boleh membawa kematian. Hampir 12 juta penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit berkaitan atherothrombosis termasuk strok,

penyakit jantung dan PAD (peripheral arterial disease).Atherothrombosis terjadi apabila darah beku terbentuk pada lebihan lemak di dinding saluran darah. Pembentukannya dinamakan thrombosis dan lebihan lemak di saluran darah dirujuk sebagai atheroma.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Haizal Haron Kamar, berkata Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) Geneva pada 2002 melaporkan kematian disebabkan atherothrombosis mendahului sebab-sebab kematian lain.

Malah, katanya ia 28 peratus di hadapan barah, penyakit berkaitan jangkitan dan kedudukan itu semakin kukuh pula saban tahun.

Penyakit jantung menjadi penyebab utama kematian di Malaysia dan angka itu



meningkat tahun demi tahun. Sebagai contoh, kebanyakan orang tidak tahu atherothrombosis menjadi sebab utama kematian dan masalah kesihatan.

Untuk mendapatkan pesakit dan doktor berbincang secara aktif mengenai masalah penyakit itu agak susah walaupun menerusi perbincangan membolehkan pesakit lebih memahami situasi mereka dan doktor lebih mengetahui masalah pesakit dengan mendalam, katanya.

Disebabkan masalah itu dan ditambah pula dengan senario atherothrombosis di Malaysia, Unit Kardiologi PPUM mengadakan khidmat masyarakat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Perlu disedari, mengetahui dan memahami atherothrombosis memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan terbaik kepada pesakit.

Atherothrombosis sebenarnya perkembangan yang sangat bahaya kerana jika gumpalan darah (blood clot) yang terjadi itu berkembang hingga menyekat saluran arteri yang terbabit, darah akan berhenti mengalir. Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian bawah arteri yang tersekat berisiko yang kadangkala membawa kepada risiko berbentuk ancaman seumur hidup.

Jika atherothrombosis terjadi tetapi aliran darah dalam arteri atau arteri yang berdekatan mencukupi, tisu yang terbabit masih berupaya menerima jumlah oksigen dan nutrisi. Tetapi jika sebaliknya, keperluan tisu terhadap oksigen dan nutrisi tidak dipenuhi. Ia memungkinkan terjadinya 'kematian tisu' jika darah langsung tidak mengalir melalui arteri.

Kadang kala, selain menyekat arteri, gumpalan darah itu mungkin akan terpecah dari 'lesion' (perubahan yang bahaya pada tubuh yang disebabkan penyakit) dan menjadi embolus (penyekatan saraf darah oleh ketulan darah beku).

Strok dan atherothrombosis

Strok adalah sejenis penyakit jantung. Ia memberi kesan kepada arteri yang menuju dan yang berada di dalam otak. Sebab itu strok juga disebut sebagai serangan otak. Strok terjadi apabila salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi ke otak tersekat kerana gumpalan darah. Apabila ia terjadi sebahagian otak tidak memperoleh darah dan oksigen yang diperlukan dan perlahan-lahan ia akan mati.

WHO dalam laporan 2003 mengatakan strok adalah penyebab kedua kematian di kalangan dewasa. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan strok akan bertambah menjelang tahun 2020 seiring dengan pertambahan jumlah warga emas. Angka ini dijangka lebih menakutkan jika dilihat di negara-negara membangun.

Di Malaysia, maklumat terperinci mengenai strok sangat terhad. Begitupun kata

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Mohd Ismail Merican ketika melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal bagi pengurusan Strok Iskemia di Simposium Persatuan Neurologi ASEAN 2006, strok berada dalam kedudukan ketiga penyebab kematian utama di Malaysia.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia pada tahun 1990-an. Pada 2002, ia direkodkan sebagai punca kematian keempat paling tinggi.

Walaupun ada perubahan tetapi masih ada ruang untuk pembaikan. Oleh itu, Garis Panduan Amalan Klinikal bukan sahaja penting untuk doktor tetapi juga semua rakyat Malaysia, kerana ia menawarkan pilihan rawatan dan strategi pengurusan terbaik bagi pesakit strok, katanya.

Garis Panduan Amalan Klinikal bagi pengurusan Strok Iskemia dianggap penting bagi semua pakar perubatan profesional yang merawat pesakit strok kerana ia boleh dijadikan kayu pengukur yang jelas dan objektif untuk mereka mengukur manfaat rawatan dan memperbaiki kesejahteraan pesakit.

Garis Panduan Amalan Klinikal juga membantu pakar perubatan profesional memberi kaunseling kepada pesakit di bawah jagaan mereka mengenai pentingnya usaha mencegah strok.

Apa yang boleh anda lakukan ?

Ubah gaya hidup - berhenti merokok dan perbaiki diet. Dua langkah ini berupaya mencegah atau mengurangkan risiko pada kemunculan serangan berkaitan atherothrombosis (serangan jantung atau strok). Rawatan dalam bentuk pengambilan ubat-ubatan juga diperlukan dalam kebanyakan kes, terutama pada mereka yang pernah diserang sakit jantung atau strok.

Matlamat utama rawatan berkaitan atherothrombosis adalah mencegah pembentukan darah beku. Selalunya doktor akan memberi ubat anti platelets untuk mengurangkan kemungkinan tubuh membentuk darah beku lagi. Terapi anti platelet mencegah platelet dari melekat dalam salur darah, ini membantu memudahkan aliran darah, mencegah risiko serangan jantung atau strok pada masa hadapan.

Petikan: Mingguan Malaysia
20 Ogos 2006

Serangan Jantung






Apakah itu serangan jantung.

Serangan jantung terjadi bila jantung menerima kurang

bekalan darah dari yang sepatutnya. Biasa

nya akibat

1. Penyekatan aliran darah ke jantung seperti oleh lemak

2. Kekurangan darah beroksigen ke jantung

3. Jantung memerlukan darah yang lebih

banyak dari biasa

Risiko kepada.

Umur yang meningkat

Lelaki

Keluarga ada mempunyai sakit jantung

Lemak tinggi dalam badan

Merokok

Darah tinggi , Kencing manis

Gemuk

Kurang senaman

Minum alkohol

Tanda-Tanda

Sakit dada :

sedikit ataupun teruk seperti ditekan atau diramas. Mungkin terjadi semasa melakukan aktiviti fizikal, selepas makan atau ketika perasaan tertekan. Boleh juga terjadi ketika berbaring atau diwaktu malam. Sakit dada ini boleh berkurang selepas berehat seketika atau mungkin menjadi lebih teruk.

Makanan Punca Kolestrol Tinggi



Hari ni Kita nak bincang mengenai masalah kolestrol tinggi. Punca dan penyelesaiannya.

Selain faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.

Memakan makanan terlalu banyak lemak tepu dan kolesterol mempengaruhi tahap kolesterol anda. Lemak tepu dan kolesterol ialah berpunca daripada daging, susu, telur, mentega dan keju. Begitu juga makanan dalam tin termasuk minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan mentega.

Malah, lemak tepu juga terdapat dalam sesetengah jenis sayuran dan majerin. Biskut, biskut manis, kentang goreng juga mengandungi sebahagian lemak tepu yang boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Sebenarnya kolesterol adalah sejenis lemak. Tubuh memerlukannya untuk banyak perkara seperti menghasilkan sel baru, tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Anda memperoleh kolesterol daripada makanan yang anda ambil atau daripada hati. Hati menghasilkan kebanyakan kolesterol untuk keperluan tubuh.

Begitupun tahap keperluan kolesterol adalah kurang daripada 200 miligram per decileter (mg/dL). Sempadan tahap kolesterol pula 200 hingga 239 mg/dL manakala kolesterol tinggi diukur pada kadar 240 mg/dL ke atas.

Kolesterol ‘mengembara’ melalui darah dan berkait rapat dengan protein. Pakej kolesterol-protein dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein dirujuk mengikut kadar ‘high-density’ atau ‘low-density’ berdasarkan berapa banyak protein dan lemak yang anda miliki.

Lipoprotein low-density (LDL) kebanyakannya adalah lemak yang hanya memiliki sejumlah kecil protein. LDL adalah kolesterol jahat yang boleh menyekat arteri anda. Jika anda mengalami tahap kolesterol tinggi, doktor akan menyarankan anda menurunkan tahap LDL.
LDL yang baik mesti kurang daripada 100 mg/dL. Tahap antara 100 hingga 129 mg/dL masih dikira baik, tetapi jika tahap LDL anda adalah 130 ke 159 mg/dL, ia dikira sebagai ‘atas pagar’. Jika LDL anda di tahap antara 160 hingga 189 mg/dL, ia dikira tinggi manakala 190 mg/dL ke atas disifatkan sebagai sangat tinggi.

Lipoproteins high-density (HDL) adalah kolesterol baik yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat dari dalam darah sekali gus menyukarkannya menyekat arteri.

Tahap kolesterol baik (60 mg/dL dan ke atas) melindungi anda daripada serangan jantung, tetapi jika kolesterol baik anda kurang 40 mg/dL, ia dianggap angka yang tidak diinginkan.

Satu lagi jenis lemak dalam darah anda dikenali sebagai ‘triglycerides’. Jika anda memiliki tahap triglycerides dan kolesterol jahat yang tinggi, risiko anda diserang sakit jantung agak tinggi.

Tahap triglycerides ‘atas pagar’ adalah antara 150 hingga 199 mg/dL. Angka 200 mg/dL dikira tinggi manakala 500 mg/dL pula sangat tinggi.

Simptom

Tahap kolesterol yang tinggi tidak membuatkan anda sakit, tetapi jika ia menyekat arteri, boleh menahan aliran darah ke jantung atau otak dan menyebabkan serangan jantung serta strok.

Pada sesetengah orang, lebihan kolesterol dipanggil ‘xanthomas’ dan ia mungkin datang daripada bawah kulit. Ia kelihatan seperti bonggol kecil.

Bagaimana kolesterol tinggi didiagnos?


Analisis lipoprotein adalah ujian paling lengkap. Ia mengukur ukuran semua kolesterol anda, kolesterol jahat, baik dan triglycerides. Anda tidak boleh makan untuk 12 jam sebelum ujian ini dibuat.


Ujian ringkas kolesterol mengukur jumlah semua kolesterol. Anda boleh makan sebelum ujian ini. Kadangkala doktor menggunakan ujian ini terlebih dahulu dan ujian lipoprotein yang lain jika anda memiliki tahap kolesterol jahat yang tinggi.

Faktor penyebab kolesterol tinggi


Amalan makanan


Terlebih berat


Tidak bersenam


Merokok


Usia


Faktor latar belakang keluarga.

Cadangan Penyelesaian.




Supa EPA dan Bio Q10

Memang sesuai utk mereka yang mengalami masalah kolestrol tinggi atau bagi mereka amalkan utk mengelak dari mengidap masalah kolestrol tinggi.

Izinkan Kami Hubungi Anda


Your Name
Your Email Address
Impian Kewangan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
   

Powered byEMF Email Form